SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta terus aktif mengkritik dan mendedahkan ‘salah laku’ kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di laman sosial Facebook.
Permintaan itu diluahkan seorang netizen yang memakai nama akaun Chee Kong Tjhin.
Menulis di Facebook, lelaki berbangsa Cina itu berkata, kelantangan Najib bersuara dengan membentangkan fakta telah berjaya menghentikan eksploitasi PH terhadap rakyat bersabit penetapan harga runcit minyak.
“Terima kasih kepada Dato’ Seri Najib Razak, disebabkan kelantangan anda bersuara dengan memberi kritikan yang tajam tapi konstruktif, anda telah berjaya untuk menghentikan eksploitasi harga minyak oleh kerajaan terhadap rakyat.
“Sila terus berjuang menjaga kebajikan rakyat dan terus menerus ‘troll’ mereka biar kerajaan pakar U-turn ini tak melaksanakan sesuatu sesuka hati mereka. thank you once again!,” tulis Chee.


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com